Ujian itu perkara biasalah ...
Selepas lapan minggu bersiaran, program realiti agama Da’i terbitan Prima Prima menyaksikan penyingkiran seorang lagi peserta iaitu Noraida Jamlie, 23, minggu lalu.
Kini hanya tinggal lima finalis Da’i, Che Faizal Amir Che Mat, Mohamad Azamudin Zainal, Mohamed Hazwan Padzil, Muhammad Haizat Kamaruddin dan Muhammad Tajdid Romli bersaing dan meneruskan cabaran seterusnya dalam merebut gelaran pendakwah milenia, sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000.
Sedikit mengenai tugasan pada minggu lalu, ia ternyata berbeza berbanding tugasan sebelum ini kerana finalis Da’i diuji berdasarkan Ilmu Fiqah, Akidah dan Sirah Nabawiah.
Menurut penerbit program ini, Shukri Ibrahim, tugasan berkenaan bertujuan melatih generasi hari ini agar dapat berfikir dengan lebih kritis dan tepat.
“Ia amat dituntut dalam Islam yang mana secara tidak langsung ilmu ini dapat membantu menyelesaikan tuntutan umat Islam dalam setiap lapangan kehidupan seterusnya berkekalan merentasi zaman pada masa hadapan,” katanya.
Jelasnya, seperti minggu sebelumnya finalis telah diberi peluang bersama masyarakat tetapi minggu lalu pula mereka perlu sedaya upaya mencari ilmu yang berkaitan tugasan secukupnya.
“Sebelum finalis-finalis Da’i berdepan dengan cabaran minggu itu, mereka diberi masa yang secukupnya untuk menelaah ilmu-ilmu Islam di perpustakaan Kumpulan Media Karangkraf, kemudian barulah kesemua finalis berdepan dengan sesi soal jawab bagi mengukur tahap penguasaan mereka tentang ilmu-ilmu Islam.

“Finalis Da’i telah dikemukakan sebanyak 10 soalan berkaitan ilmu Fiqah, Akidah dan juga Sirah Nabawiah dan mereka perlu menjawab dengan tepat,” katanya peserta tersingkir iaitu, Noraida hanya mampu mendapat markah sembilan per 12 sahaja.
Pendedahan konsep dakwah
Pendedahan konsep dakwah
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai tugasan yang diberikan, Shukri memberitahu sesungguhnya ilmu Fiqah, Akidah dan Sirah Nabawiah ini umpama neraca yang memandu akal, menuntun fizikal, spiritual masyarakat kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
“Sudah tentu kita akan menguji mereka dari pelbagai sudut, seperti minggu lalu, apabila finalis Da’i diuji tahap penguasaan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam, ia amat bertepatan kerana kita mahu melihat sejauh mana mereka mempunyai ilmu asas ini.
“Selain itu, menerusi cabaran ini juga, finalis Da’i turut didedahkan dengan konsep berdakwah bukan sahaja perlu bersemuka dengan khalayak bahkan juga mereka perlu bersedia dari segi pengisian ilmu agama yang merangkumi semua subjek dan juga cabang.
“Jika mereka menguasai ilmu-ilmu Islam ini, bermakna mereka adalah contoh Da’i yang terbaik di mana mereka bukan sahaja cemerlang dari sudut akhlaknya tetapi juga dari sudut ilmu agamanya,” katanya.

Berkongsi mengenai penyingkiran Noraida pula, ujar Shukri, dia berharap agar Noraida tidak berputus asa dalam meneruskan misi sebagai pendakwah milenia.
“Ini bukanlah titik noktah kepadanya dalam menyampaikan kebenaran Islam. Apa yang boleh saya kata, dia seharusnya menjadikan program Da’i sebagai platform terbaik buat dirinya dalam meneruskan misi untuk berdakwah secara berhikmah.
“Saya pasti segala ilmu dan pengalaman yang beliau memperolehi sepanjang berada di dalam program ini dapat membantu beliau untuk menjadi pendakwah yang unggul, berwibawa dan bertauliah di masa akan datang,” katanya lagi.
Noraida kecewa
Sementara itu, Noraida ketika dihubungi Zass berkata, pada awalnya dia agak sedih kerana tersingkir dari program itu.
Jelasnya, sudah ditentukan dia gagal menjawab soalan yang diberikan dengan baik.
“Dari minggu pertama daya memberi yang terbaik dan melakukan sehabis mungkin, namun siapa saya, perjalanan saya berakhir di minggu ke lapan,” katanya kecewa kerana tidak dapat menunaikan impian insan-insan yang banyak berharap kepadanya dalam bergelar juara program itu.
Ditanya apakah perancangannya selepas tersingkir, katanya, dia kini sedang memberikan perhatian terhadap pelajaran.
“Sebenarnya saya dalam semester akhir kini, jadi saya akan fokus kepada tesis dahulu dan barulah mencari ruang untuk terlibat dengan aktiviti lain,” katanya banyak mendapat undangan untuk menyampaikan ceramah agama.
Pesan Noraida kepada finalis lain pula, dia berharap agar mereka meneruskan perjuangan dengan sebaik mungkin dan mencari ilmu tanpa rasa jemu.
Program 13 episod ini menampilkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program untuk musim ini.
Syuhada turut ditemani dua rakan seperjuangan iaitu Mohd Zhafran Mohd Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris yang bertindak mengendalikan segmen khas mingguan.
Manakala panel juri tetap pula menampilkan salah satu ikon pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan berdasarkan tugasan yang diberikan.
Aspek penilaian jawapan yang diberikan oleh setiap finalis pada minggu ini turut dibantu oleh dua juri jemputan iaitu Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman yang merupakan seorang pendakwah bebas dan Ustaz Dr Sukki Othman.

0 ulasan:
Post a Comment