Home » , » Wah!! Ahmad - Kau Dah Bergelar CEO

Wah!! Ahmad - Kau Dah Bergelar CEO

Written By Unknown on Monday, March 11, 2013 | 7:06 PM

Ahmad adalah salah seorang otai dalam dunia hiburan tanah air..sudah begitu banyak sumbangan beliau dalam menaikkan indutri ke persada yang berprestij...dengan kegigihan dan kesungguhan beliau,,sudah semestinya layak untuk memegang jawatan CEO..

PERJALANAN hidup anak seni bukannya perkara mudah, jatuh dan bangun seseorang dalam industri hiburan sudah menjadi asam garam kehidupan.

Begitulah bagi anak jati Selangor, Ahmad Abdullah, 35, yang melalui pelbagai fasa dalam hidupnya setelah 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IMG Music Entertaiment, Ahmad memikul tanggung jawab dalam menguruskan album tiga penyanyi rock tempatan iaitu Radhi (OAG), Asheed (Def Gab C) dan CD Naz (Silkhanaz).

Di sebalik penghasilan album tiga penyanyi ini, Ahmad juga merupakan pencipta lagu dan penulis lirik bagi album mini Projek 3D (3 Duda: Dadidu).

Antara lagu yang dihasilkan seperti Roman Arogan, Lagu Baru, Gadis Rahsia 003 dan Pabila Hujan Turun turut diedarkan dalam bentuk digital.

Malah lagu Roman Arogan hasil paduan tiga suara itu kini sedang hangat diputarkan di corong-corong radio.

Menurutnya, perancangan untuk menghasilkan album tersebut mengambil masa agak lama ketika ketiga penyanyi tersebut masih bergelar duda.

“Album ini terhasil daripada idea saya untuk membantu rakan-rakan artis agar terus mewarnai dunia hiburan.

“Walaupun Asheed kini sudah berkahwin, perancangan album ini tetap diteruskan setelah tiga tahun berlalu,” katanya.

Dari pensyarah ke pemuzik

Dibesarkan dalam persekitaran komuniti pemuzik di Hulu Klang, sedikit sebanyak menimbulkan minat Ahmad terhadap muzik. Sementelah disertai kemudahan studio yang melata.

Walaupun kecenderungannya terhadap muzik sangat kuat, sebenarnya Ahmad merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Senilukis dan Senireka, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sebelum memulakan kerjaya sebagai pemuzik, Ahmad terlebih dahulu bergelar\ pensyarah di kolej swasta, namun berhenti setelah mendapati kerja tersebut tidak sesuai dengan jiwanya.

Tanpa sebarang pengalaman dalam bidang Grafik dan Pengiklanan, dia terpaksa berhadapan dengan pelajar yang lebih tua daripadanya malah mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang tersebut, memaksanya berhenti bekerja.

Dalam masa sama, Ahmad mula berjinak dalam bidang muzik dengan menggubah banyak lagu genre rock antaranya Enigma yang didendangkan oleh kumpulan Trimatra.

Hidup terumbang-ambing

Demi minat mendalam, Ahmad pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjual dadih, pereka grafik dan sebagainya demi mencapai impiannya itu.

“Hampir empat tahun hidup saya terumbang ambing dan tidak menentu.

Namun saya percaya, usaha yang saya lakukan pasti akan membuahkan hasil suatu hari nanti,” kata Ahmad.

Setelah sekian lama bergelut dengan kepayahan hidup, tawaran bekerja dalam Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dianggap rezeki yang tidak disangka-sangka.

Ternyata, jalan yang dipilih Ahmad kini memacu kepada kejayaannya sehingga diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Pengurus Besar Karyawan sehingga kini.

Secara tidak langsung, pengalaman sepanjang meniti kehidupan sebagai seniman telah mengajarnya jerih perih yang terpaksa dilalui pemuzik sepertinya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .