Home » , » Walaupun Di arah Presiden Filipina - Mereka Masih Degil

Walaupun Di arah Presiden Filipina - Mereka Masih Degil

Written By Unknown on Sunday, March 3, 2013 | 2:25 AM


MANILA - Presiden Filipina, Banigno Aquino III hari ini menggesa pengikut Sultan Sulu yang masih berkubu di Lahad Datu, Sabah agar menyerah diri tanpa sebarang syarat bagi mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa.
Beliau membuat rayuan itu menerusi satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Kabinet dan pegawai-pegawai keselamatan Filipina di Malacanang - kali kedua selepas insiden menembak di Lahad Datu, pagi semalam.
Dua anggota komando polis Malaysia dan 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh semalam.
"Jika anda ada keluhan, jalan yang anda pilih adalah salah. Langkah adil dan yang perlu dilakukan ialah menyerah diri," kata Aquino dipetik agensi berita Xinhua.
Pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Filipina supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.
Hishammuddin berkata, selepas insiden tembakan semalam yang mengorbankan dua anggota komando polis (VAT 69),  kumpulan penceroboh warga Filipina yang bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, tidak mempunyai pilihan lain.
"Selepas insiden semalam, mereka (penceroboh) tidak ada pilihan lain sama ada mereka letak senjata dan menyerah diri atau terpaksa berhadapan dengan apa jua tindakan yang pihak berkuasa terpaksa ambil," katanya di Sabah.
Kejadian kira-kira 10 pagi semalam menyaksikan dua anggota komando polis VAT 69 terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata terbabit turut maut.
Ia turut mencederakan tiga lagi anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail  Omar pula berkata, pada masa ini polis sudah tidak mempunyai pilihan lain, selain menamatkan insiden itu secepat mungkin berikutan tindakan kumpulan penceroboh itu semalam.
"Selepas apa yang berlaku semalam, situasi semasa adalah terkawal. Kumpulan tersebut telah terkepung di Kampung Tanduo oleh pasukan keselamatan yang berada dalam keadaan "kami mengawal keadaan".
"Polis dan pasukan keselamatan mengawal keadaan, dan kumpulan ini terperangkap di Kampung Tanduo. Saya nak beri amaran kepada mereka dalam keadaan semasa kini, elok mereka serah diri. Masa sudah banyak diberi. Perbuatan mereka ini telah tidak memberi pilihan lain kepada saya.
"Saya tidak ada pilihan sekarang selain untuk mengambil tindakan yang ada untuk menangkap mereka. Sekali lagi saya minta mereka letak senjata dan serah diri. Jika tidak saya tidak ada pilihan tetapi akan  mengambil tindakan drastik dan tindakan sewajarnya bagi menamatkan keadaan," tegasnya.
Beliau turut menegaskan bahawa penceroboh yang menyerah diri kelak tetap akan diambil tindakan berdasarkan undang-undang Malaysia kerana kumpulan berkenaan sudah melakukan kesalahan yang amat serius di negara ini.
Ismail berkata, kehidupan seharian di Lahad Datu berjalan seperti biasa dan tidak ada perintah berkurung diisytiharkan, manakala kawasan operasi polis ialah di kawasan Kampung Tanduo.
Katanya, polis turut mempertingkat langkah keselamatan melalui sekatan-sekatan jalan raya dan keadaan itu akan diteruskan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .