Home » » Masalah Kereta Myvi Baru - Apakah yang Terjadi?

Masalah Kereta Myvi Baru - Apakah yang Terjadi?

Written By Unknown on Wednesday, January 16, 2013 | 10:59 PM

Masalah kereta adalah perkara biasa yang sering terjadi kepada pemilik-pemillik kenderaan bertayar empat satu tayar spare,jadi kesemuanya adalah lima...kereta lama atau yang baru ada masalah tersendiri dan bergantung kepada kerosakan kompenan yang mampu dibaiki atau perlu ditukar ganti....yang penting kita perlu peka kepada setiap ketakselesaan ketika memandu...
Kereta ini memang best...patutlah slogam lagi best...memang lagi best dari yang lama...tambahan pula cc dinaik taraf ke 1.5 ...kereta myvi begitu popular di Malaysia...Walaupun nampak kompak...kereta ini ada keistimewaannya yang tersendiri dan boleh bertahan dalam persaingan....cerita tentang masalah myvi aku petik dekat akhbar tempatan supaya pemilik-pemilik myvi yang perlu ke pusat servis membuat temujanji dengan segera untuk menbaiki masalah stering yang berat dalam kelajuan 30 ke 40 km............................
 Perodua memanggil semula 74,000 varian Myvi baru, yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012, menerusi kempen langkah pencegahan lajur stereng kuasa elektronik (EPS) model berkenaan. 

Pembuat kereta kompak itu berkata, ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baru menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing. 
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons masa pemandu pada kelajuan rendah. 


"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam. 

"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS," katanya menerusi satu kenyataan. 

Aminar berkata, syarikat kereta itu sudah menghantar surat makluman kepada pelanggan yang terbabit, dan Perodua akan menyerap semua kos penggantian lajur EPS terbabit. 

Tempoh akhir kempen itu tidak ditetapkan. 
Pelanggan bagaimanapun digalakkan membuat temu janji secepat mungkin memandangkan lebih baik untuk mereka memastikan penggantian dilakukan dengan lancar dan teratur. - BERNAMA 

Kepada mereka-mereka yang berkenaan segera membuat temujanji....

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .