Home » » Wanita Tua Ditipu Makhluk Asing

Wanita Tua Ditipu Makhluk Asing

Written By Unknown on Wednesday, January 16, 2013 | 11:16 PM

Awas dengan tipu daya ...Walau sesiapa pun dia adalah penipu...Rm44k banyak tu..jangan mudah terpedaya dengan janji manis...Pelaburanlah dan macam-macam lagi...kut..kut..duit kita dikebas..akibat janji macam-macam makcik yang berumur 60 tahun terpedaya dan memberi amaun yang cukup besar kemudian lelaki Amarika lesap...jauhnya datang nak menipu...
Seorang suri rumah 60 tahun rugi RM44,000 selepas terpedaya dengan ‘rakan pelaburannya’ yang menyamar sebagai tentera laut berpangkat Laksamana dari Amerika Syarikat.

Wanita terbabit mengalami kerugian apabila lelaki yang mengaku berbangsa Inggeris dikenalinya menerusi laman sosial sejak Oktober lalu, menghilangkan diri bersama wang diberikan bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, mangsa menyerahkan wang melalui empat transaksi di sebuah bank tempatan dan syarikat kewangan antarabangsa antara 21 hingga 31 Disember tahun lalu.

Sing menunjukkan gambar suspek yang diburu polis kerana terlibat menipu wang seorang wanita. “Suspek dikenali sebagai Diallo Mamadou Sadio berkenalan dengan mangsa melalui laman Facebook menyamar sebagai mat salih dari Amerika Syarikat, Oktober tahun lalu.

“Dalam tempoh perkenalan, suspek menyatakan hasrat membuat pelaburan di negara ini sebelum mangsa bersetuju melabur dan menyerahkan kira-kira RM44,000 melalui transaksi di tiga syarikat kewangan dan sebuah bank tempatan,” katanya.

Menurutnya, terdahulu, mangsa yang kehabisan wang untuk diberikan kepada suspek buat kali kelima kemudian meminta bantuan suami sebelum menyedari dirinya ditipu, lalu membuat laporan pada 3 Januari lalu.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah disewa suspek di Cheras, Kuala Lumpur namun suspek dipercayai telah melarikan diri," katanya pada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Hock Sing berkata, siasatan awal mendapati suspek berasal dari Guinea itu mendaftar sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini pada November 2011, bagaimanapun tidak pernah menghadirkan diri ke kelas.

"Suspek lingkungan 20- an itu kini diburu polis dan orang ramai yang pernah melihat suspek atau mengenalinya diminta tampil memberi maklumat bagi membantu menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, seperti kebanyakan kes penipuan internet, suspek yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar dipercayai menjalankan modus operandi dengan berkenalan dengan wanita di internet sebelum memujuk menyertai sebarang pelaburan.

“Suspek biasanya akan memberi alasan mereka memerlukan wang untuk menginap di hotel, menghadapi masalah di lapangan terbang atau untuk pelepasan kastam,” katanya.

Kepada suri-suri rumah dan kepada sesiapa sahaja supaya berhati-hati dengan setiap janji-janji kosong sebegini..dan bersama-sama menbanteras gejala yang tak sihat..

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .