Inilah dia ubi kayu...bukan kayu ubi yer...kalau ada tanam dekat belakang rumah..pergi gali..kalau tak kenalah beli..
Ini pulak gambar Tuak Nipah atau Nira..tuak kelapa pun boleh guna tetapi mahal sedikit berbanding tuak nipah..rahsia ini adalah berdasarkan benar dan bukan direka..kalau anda biasa datang di Kelantan dan berada di daerah Bachok...disitulah resepi ini berasal..
Kawasan bachok adalah salah satu tempat pengeluar Tuak Nipah kerana di sana begitu banyak pokok Nipah...maka terjadilah resepi orang kampung..
Direbus ubi kayu macam biasa anda masak...jangan gunakan air biasa...campurkan air tuak nipah sahaja...
Apabila masak....yum...yum...memang sedap...selamat mencuba..
0 ulasan:
Post a Comment