Tahi Itik Pun Sedap - Yum Yum

Written By Unknown on Monday, January 14, 2013 | 10:23 AM

Tahi Itik adalah nama yang tak asing lagi di Kelantan,,,,Mungkin anda yang tak biasa datang dekat kelantan merasa pelik dan ...hishhhhh!!!!dahsyat......Kalau datang di Kelantan, anda boleh menuju ke Kota Bharu dan terus ke pasar Siti Khadijah,,,...Sebut saja kuih tahi itik dekat pasar ini...anda akan jumpa dan merasa keenakannya...jangan segan-segan dan rasa geli...itu hanyalah nama...
Disinilah  Kuih tahi itik dijual..jangan risau...100% halal

Kuih Tahi Itik yang original tanpa dicantik rekabentuknya

Resepi Kuih Tahi Itik
Bahan²nya :

    * putih telur setengah kilo (ditapis dengan kain)
    * setengah cawan tepung
    * 1 cawan gula
    * bunga cengkih 5 - 6 kuntum
    * daun pandan 3 helai disimpul
    * minyak mazola setengah cawan
Cara membuatnya:

   1. Masukkan kesemua bahan di atas,kecuali minyak mazola. kepok² biar sebati.
   2. Masak menggunakan api yang sederhana.  
   3. Sentiasa kacau agar tidak hangit.
   4. Bila dah hampir kental, masukkan minyak mazola.
   5. Kacau lagi hingga kental sempurna.
   6. Asingkan daun pandan dan bunga cengkih. 
7. Bentukkan ikut suka hati. Kuih ori macam gambar ni.. Tapi kalau nak bentuk lain pun boleh.. Mengikut kretiviti anda dan senang nak makan..

Itu saja cara-cara dan bahan -bahan diperlukan untuk membuat kuih tradisional Kelantan ini..anda boleh mencuba sendiri dirumah...selamat mencuba...

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .