Home » , » 15 motosikal hilang sebulan

15 motosikal hilang sebulan

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 2:58 AM

KEMAMAN - Sikap cuai penunggang meninggalkan kunci pada motosikal menyumbang kepada kekerapan berlakunya kes kecurian motosikal sehingga puratanya sebanyak 15 motosikal hilang dalam tempoh sebulan di Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, paling ketara, ramai pemilik meninggalkan kunci pada motosikal di tempat letak motosikal Pusat Beli Belah Mesra Mall, Kemasik.

Katanya, berikutan itu, polis juga pernah membuat operasi mengutip kunci motosikal di kawasan berkenaan.

“Bagi membendung masalah itu, penunggang perlu lebih prihatin dan tidak meninggalkan kunci pada motosikal masing-masing.

“Pemilik motosikal dinasihat menggunakan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal mudah dicuri,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau turut berharap pihak pengurusan pusat beli belah dapat menyediakan tempat mengunci motosikal agar dapat sama-sama memerangi perbuatan curi motosikal yang agak berleluasa di daerah ini.

Katanya, kejadian terbaru berlaku tiga hari lalu di belakang kompleks beli belah Centre Point Kemaman di sini.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja di pusat beli belah itu menyedari motosikal jenis Yamaha 125Z miliknya yang diletakkan di lorong belakang bangunan itu hilang pada jam 11 malam selepas tamat waktu kerja.

“Mangsa meletakkan motosikalnya di situ pada jam 2 petang sebelum menyedari ia telah hilang pada waktu malam,” katanya.

Susulan itu, Che Suza turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa meletakkan motosikal bukan di tempat sunyi, sebaliknya di tempat orang lalu lalang.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .