Home » , » Breaking Dawn Part 2 terima 7 anugerah paling teruk - Twilight Saga

Breaking Dawn Part 2 terima 7 anugerah paling teruk - Twilight Saga

Written By Unknown on Monday, February 25, 2013 | 8:08 AM

FILEM The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 menerima tujuh anugerah paling teruk termasuk Gambar Paling Teruk Anugerah Tahunan Razzie ke-33 yang berlangsung malam tadi, sehari sebelum majlis anugerah berprestij, Oscar.

Episod terakhir siri Twilight itu juga membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Paling Teruk, yang dimenangi Kristen Stewart, Pelakon Pembantu Paling Teruk (Taylor Lautner) dan Bill Condon dinobatkan sebagai Pengarah Paling Teruk.

Lautner juga berkongsi anugerah apabila dinobatkan Pasangan Paling Teruk di Skrin bersama Maskencie Foy, yang memegang watak separuh manusia dan separuh pontianak, Renesmee.

Dalam pada itu, filem ini juga menerima Kelompok Pelakon di Skrin Paling Teruk dan Sambungan Paling Teruk.
Bagaimanapun Stewart tidak menghadiri majlis tersebut untuk menerima anugerah  sama seperti pemenang sebelum ini, Halle Berry dalam Catwoman pada tahun 2004, Sandra Bullock dalam All About Steve pada 2009.

Stewart dijadualkan menjadi penyampai pada malam anugerah Oscar.

Beberapa bintang Twilight terselamat daripada menerima anugerah tersebut dalam kategori masing-masing.

Robert Pattinson ‘tewas’ kepada Adam Sandler dalam That’s My Boy untuk anugerah Pelakon Lelaki Paling Teruk.

Ashley Green pula berjaya mengelak apabila Rihanna dianugerahkan Pelakon Pembantu Wanita Paling Teruk dengan penampilannya dalam Battleship.

Ini merupakan pertama kali filem Twilight menerima  anugerha Razzie untuk gambar Paling Teruk.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .