Home » , » Artis Serba Boleh - Yana

Artis Serba Boleh - Yana

Written By Unknown on Monday, February 25, 2013 | 8:30 AM


Wanita berlesung pipit, Yana Samsudin, bukan hanya berbakat sebagai pelakon tetapi juga dikenali kerana kebolehannya mengarah filem, menulis skrip dan menyanyi.
Mula mencipta nama pada usia 23 tahun selepas mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta dibintangi pelakon handalan seperti Que Haidar, Pierre Andre, Fazura dan Sharifah Amani. 
Memulakan kerjaya menerusi telefilem Lu'lu dan dikenali sebagai Wawa dalam filem Adnan Sempit dan Siti Ratna dalam Siti Kelembai. 
Adnan Sempit mencatat kutipan box-office manakala Siti Kelembai berjaya meraih rating 2.5 juta penonton, sekali gus membantu mempercepatkan momentum kerjayanya.

Lulusan Sarjana Muda Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Yana dicalonkan untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) yang bakal berlangsung April depan, selain kategori Artis Berpengaruh Di Laman Sosial, Artis Wanita Stailo dan Gandingan Di Layar Serasi (dengan Shaheizy Sam).
Yana bakal muncul dengan filem Cerita Kita, 2 Kalimah, Adnan Sempit 3, Lagenda Budak Hostel dan Shhh...Dia datang, manakala drama Surat Dari Langit Biru pula kini disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Selasa, Rabu dan Khamis, jam 10 malam. 

Antara filem lakonan Yana adalah Histeria, Aku Masih Dara, Kongsi, 3 Temujanji, Strawberi Cinta, Minyak Dagu dan Wawa Semput. 

Dia juga menjadi penolong pengarah filem V3 Samseng Jalanan membantu Farid Kamil serta menulis skrip bekerjasama dengan Fadzil Zahari untuk filem Bini-Biniku Gangster. 

Yana turut menyanyikan lagu tema untuk filem Hingga Hujung Nyawa, Adnan Sempit berduet dengan Along Cham dan Aku Ada, Kau Ada? bersama Sam. 

FAKTA: 
Nama sebenar: Norliana Samsudin 
Lahir: 25 September 1984 di Yong Peng, Johor 
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-23 
  • Pernah bercinta dengan Pierre Andre, kemudian dikaitkan dengan Shaheizy Sam apabila sering digandingkan sebagai kekasih dalam filem. Kini dikatakan bercinta dengan Fadzil Zahari, adik Farid Kamil.
  • Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

    0 ulasan:

    Post a Comment

    Sila Like Kami di Facebook.
     
    Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
    Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger About Me .