Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau telah berkomunikasi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kontroversi DAP dan PKR Johor.
Menurutnya, hasil perbincangan itu telah memutuskan Pengerusi PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng dan rakan sejawatannya dari DAP, Dr Boo Cheng Hau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang perhatian orang ramai dan pihak media.
Beliau berkata, sebarang masalah berkaitan perebutan kerusi perlu berunding dengan pemimpin tertinggi kedua-dua parti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Saya telah bercakap dengan Anwar, kami bersetuju untuk dua pemimpin di negeri itu perlu menghentikan komen yang boleh menimbulkan persepsi negatif daripada orang ramai.
"... terutama sekali melakukan perbalahan berkaitan pengagihan kerusi," kata beliau melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
"Kedua-dua pemimpin negeri seharusnya telah berunding dengan kepimpinan tertinggi masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka berkenaan dengan peruntukan kerusi kedua-dua parti menjelang PRU13," kata Guan Eng lagi.
Semalam, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangan tentang konflik yang berlaku di antara PKR dan DAP di negeri Johor yang mencetuskan perbalahan secara terbuka serta menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam Pakatan
Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Karpal menyeru Anwar supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj.
Mengulas lanjut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, perbalahan membabitkan Jui Meng dan Cheng Hau telah dieksplotasi oleh media arus perdana yang memberi impak negatif kepada PR.
Guan Eng berkata, perkara ini akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) yang menjadikan isu tersebut sebagai kempen pilihan raya.
"Semua ahli DAP, PKR dan PR dinasihat membincangkan masalah yang berkaitan parti melalui saluran dalaman supaya musuh tidak menjadikan kesilapan tersebut sebagai bahan untuk membuat serangan.
"... perkara ini juga menguntungkan BN dan mengecewakan penyokong PR," katanya.
Takde masalah bagiku. Sekurang-kurangnya berita tentang PKR masih hidup dan telus, berbanding BN yang hanya berdiam, sedangkan merekalah patut miliki pendapat masing2. Bila Najib tolak dan pertikai Hudud, semua pemimpin dan ulama UMNO berdiam. Ini menunjukkan parti mereka MATI. Diam tandanya setuju, dah takde otak untuk fikir sendiri. Sebab kalau beri pendapat, kena lucut jawatan. Bila berlaku perbincangan hangat (atau argument) dalam PKR, tudia, BN punya bising, dalam media bersurat takpun warta berita. Takde kerja lain!
ReplyDeleteSekurang2nya PAS,DAP dan KeADILan berbincang, kadangkala tidak sependapat tapi akhirnya temui jalan penyelesaian. Ini buktinya parti makin matang, punyai buah aqal dan bertambah lebih baik. Bukan macam UMNO! Najib lompat masuk lubang jamban, semua lompat sekali!