SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akur supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu telahpun disepakati semua anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) daripada pakatan pembangkang.
"Kami setuju supaya tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya parlimen," katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran Pembudayaan SPIES (Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, Social) negeri Selangor di sini hari ini.
Sebelum ini Khalid berkata tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina setelah mengadakan pertemuan dengan Adun pakatan pembangkang.
Mengulas isu air, Abdul Khalid berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada para pelabur di Selangor mengenai bekalan air terawat dan menegaskan bahawa jumlah pelaburan asing di negeri ini tahun lepas masih tinggi. - Bernama
0 ulasan:
Post a Comment