Walaupun Patrick masih berada di bawah prestasi sebenar, namun kesungguhan bekas penyerang Sime Darby itu wajar diberikan perhatian pihak lawan.
Pengurus pasukan PKNS, Azmi Adnan menjelaskan, keserasian antara pemain tempatan dan import yang diturunkan setiap perlawanan semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Kita boleh lihat dua gol di setiap babak terhasil melalui hantaran Nazrin dan Patrick dalam kotak penalti pasukan lawan, kedua mereka tenang menolak masuk bola seolah-olah telah lama berada di dalam pasukan.
"Keserasian ini perlu kita teruskan, begitu juga pemain lain yang tidak menghampakan kita," katanya.
Mengulas mengenai perlawanan malam ini menentang Negeri Sembilan, Azmi mengharapkan anak didik Abdul Rahman Ibrahim tidak memandang rendah kemampuan skuad Hoben Jang Hoben.
"Walaupun belum memperoleh sebarang kemenangan dan berada di tangga tercorot liga, semangat anak didik Divaldo Alves tidak boleh dipandang rendah.
"Kejayaan mengutip satu mata di laman sendiri dalam pertemuan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sabtu lalu bukti mereka kini seolah-olah telah bangkit dari prestasi sebelum ini.
"Tiga mata perlu kita kutip bagi memastikan pendakian takhta berterusan," katanya.
PKNS kini berada di tangga keenam liga, mengutip sembilan mata hasil daripada tiga kemenangan.
0 ulasan:
Post a Comment