Sementara itu, Kumar berkata, tuntutan saman itu berikutan pihak Felda tidak peduli untuk melayan sebarang usaha bekas peneroka yang berulang kali meminta mendapatkan penjelasan.
“Plaintif-plaintif tiada jalan lain kecuali mengambil tindakan saman ke atas Felda untuk pertahankan hak mereka sebagai bekas peneroka yang bimbang sama ada mereka mempunyai hutang.
“Sekiranya ada, bagaimana hutang itu wujud sedangkan mereka tak sertai sebarang program yang diusahakan Felda sejak 2001,” katanya.
Dalam afidavit yang difailkan di mahkamah, plaintif turut menyatakan laporan polis berhubung seorang anak bekas peneroka, Chew Ah Kiw, 60, yang telah meninggal dunia ingin menukar nama hak milik tanah kepada isteri si mati di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, penukaran itu tidak dapat dilakukan apabila dimaklumkan Ah Kiw mempunyai hutang sebanyak RM35,581.11 kepada Felda.
0 ulasan:
Post a Comment