Home » , » Gantung diri selepas kecewa ditinggal teman wanita

Gantung diri selepas kecewa ditinggal teman wanita

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 2:52 AM

SERENDAH - Sekumpulan penari tarian singa terkejut apabila melihat mayat seorang lelaki tergantung pada palang bumbung tempat duduk penonton di gelanggang bola keranjang Kampung Damai, di sini, semalam.

Mereka yang dalam persiapan untuk membuat persembahan turut mengesahkan mengenali mangsa.

Saksi yang enggan dikenali berkata, dia ada berbual dengan mangsa dan meronda sekitar kampung pada malam kejadian, namun tidak melihat sebarang perubahan pada mangsa.


“Kami ada bersama mangsa malam tadi (kelmarin) berbual-bual dan meronda kampung dan taman di sini.
“Tapi, tak nampak sebarang perubahan atau tekanan pada dirinya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, mangsa ditemui tergantung pada palang di kedudukan tiang kedua tempat duduk penonton kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, mangsa lengkap berpakaian baju T lengan panjang dan berseluar jeans.

Menurut seorang lagi kenalan terdekat mangsa, berkemungkinan mangsa kecewa setelah ditinggalkan teman wanitanya sebelum bertindak demikian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .