Home » , » Amaran - Al-Qassam kepada Israel

Amaran - Al-Qassam kepada Israel

Written By Unknown on Saturday, February 23, 2013 | 3:49 PM


BANDAR GAZA - Komando Al- Qassam akan melakukan serangan dan menangkap seberapa ramai askar  jika Israel enggan membebaskan lebih 1,000 rakyat Palestin yang kini ditahan di penjara negara berkenaan.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Sinar Harian yang diatur Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) semalam, Komander Al-Qassam, Abu Hamzah Ismail memberitahu, serangan itu akan dilakukan pada bila-bila masa bermula sekarang.

Menurutnya, serangan yang bakal  dilakukan adalah sebagai tindakan dan langkah susulan selepas Israel dikatakan berdegil dan masih enggan membebaskan rakyat Palestin yang dipenjarakan.
Tentera berani mati yang lebih dikenali sebagai Briged Ezzedeen Al-Qassam  itu juga berjanji akan menangkap seorang tentera Israel sehari, di dalam usaha mereka untuk membebaskan tahanan Palestin yang ditahan tanpa sebab.

“Demi ALLAH, kami janji akan tangkap lebih ramai tentera Israel malah akan berusaha dengan lebih keras tahun ini  untuk membebaskan Palestin dari cengkaman dan kekejaman Israel,” katanya.

Difahamkan, mujahid sayap Hamas itu yang  turut dianggotai golongan profesional  juga  bertekad mahu memiliki semula  Masjid Al-Aqsa yang dirampas oleh Israel.

“Cukup dengan seksaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin selama  ini dan kami  juga sanggup berkorban hingga mati dan objektif kami adalah mahu mengembalikan kegemilangan Palestin,” katanya

Sinar Harian yang diberi peluang bertemu dengan anggota dan komander  Al- Qassam itu di satu tempat rahsia juga diberitahu, bahawa  kumpulan berkenaan memerlukan bantuan baju kalis peluru serta senjata..

“Setiap mujahid memerlukan kos kira-kira AS$ 1700 untuk memperolehi  peralatan seperti senapang dan kami amat bertuah jika sekiranya ada pihak yang membantu kami memperolehi dana untuk itu.
“Buat masa ini kami masih menggunakan  roket  M75 ,Fajar 5  untuk melakukan serangan selain   menggunakan roket pemusnah  jet dan kereta kebal,” katanya.
Katanya, pemilihan untuk menjadi anggota Komando Qassam perlu melalui beberapa syarat termasuk  mereka perlu solat Subuh berjemaah selama enam bulan setiap hari dan boleh menghafaz al-Quran.

Jelas Abu Hamzah, setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti mereka atas faktor keselamatan.

“Setiap mereka yang perlu mempunyai asas agama yang kuat lazimnya akan bekerja pada waktu siang sebelum keluar menjaga keselamatan Gaza pada waktu malam.

Tambahnya, beliau juga memohon agar rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kemenangan Palestin di dalam perjuangan menuntut kembali hak tanah air mereka dari Israel dan kuasa besar asing yang lain.
Bagi mereka ingin menyumbang untuk tabung Stand Up For Gaza boleh berbuat demikian menerusi akaun Dana Kompleks Al-Itisam menerusi akaun Bank Islam 12038010108647 atau Tabung Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melalui Bank Islam  08013010075820.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .