Home » , » Jom Ke Pencarian Klon Artis Bermula!

Jom Ke Pencarian Klon Artis Bermula!

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 8:19 PM


Berita baik untuk peminat yang berbakat dalam meniru gaya artis, jangan lupa untuk menyertai program realiti terbitan RTM, 'i-Klon' yang akan disiarkan di saluran Astro 180 TVi, tidak lama lagi. 
Diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions, 'i-Klon' mencari peserta berbakat yang berumur 18 hingga 35 tahun. Antara bakat yang dicari adalah meniru nyanyian dan persembahan artis serta wajah iras artis dalam dan luar negara. 
 
Pada peserta yang ingin mencuba nasib, jangan lupa menghadiri ujibakat 'i-Klon' di Bukit Bintang Plaza, Tingkat 2, Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Januari ini dari jam 11 pagi hingga 10 malam.

Hadiah lumayan berupa wang tunai berjumlah RM20,000 dan hadiah sampingan lain menanti peserta yang berjaya. 

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .