Home » , » Terima Anugerah Tertinggi Perfileman Asia - Michelle Yeoh

Terima Anugerah Tertinggi Perfileman Asia - Michelle Yeoh

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 8:36 PM


Aktres kelahiran Malaysia yang berjaya mencipta nama di Hollywood, Michelle Yeoh dijangka menerima pengiktirafan tertinggi perfileman Asia, 'Excellence in Asian Cinema Award' pada majlis Asian Film Awards (AFA), tahun ini.
 
Saban tahun, anugerah ini diberikan kerana menghargai bakat dan pencapaian sepanjang hayat penggiat filem dalam industri itu di Asia. Antara penerima anugerah tertinggi AFA ini adalah pengarah China Zhang Yimou & Kim Dong-Ho, pengarah juga pengasas untuk Busan International Film Festival.
 
Menurut penganjur, Michelle Yeoh dipilih kerana sumbangannya dalam industri perfileman Asia dengan 40 buah filem sepanjang tiga dekad penglibatan beliau dalam industri perfileman.

 Asian Film Awards (AFA) akan berlangsung pada 18 Mac 2013 ini di Hong Kong.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .