Home » , » JPJ keluarkan 731 saman dalam Ops Tahun Baru Cina 2013

JPJ keluarkan 731 saman dalam Ops Tahun Baru Cina 2013

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 3:10 AM

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan sebanyak 731 saman atas pelbagai kesalahan am dalam operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa lain ketika Ops Tahun Baru Cina 2013 pada 3 hingga 14 Februari lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, sebanyak 417 saman dikeluarkan terhadap pemilik motosikal, 304 lagi kepada pemilik kenderaan termasuk kereta, van dan lori manakala kira-kira 10 bas ekspres dan henti turut dikenakan saman.

“JPJ memfokuskan beberapa kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya semasa operasi berkenaan termasuklah tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai topi keledar dan tidak mematuhi lampu isyarat.

“Malah, kami juga memantau kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan dan memotong garisan kembar yang mungkin dilakukan pengguna jalan raya semasa operasi dijalankan itu,” katanya pada sidang media operasi Tahun Baru Cina 2013, di stesen bas Shahab Perdana, semalam.

Menurutnya, pihaknya telah menyita sebanyak 20 kenderaan termasuk motosikal, kereta dan lori atas pelbagai kesalahan yang dilakukan itu.

Ahmad Musadad berkata, mengenai larangan pemanduan kenderaan berat yang dijalankan pada 8 dan 9 Februari lepas, sebanyak lapan saman telah dikeluarkan dan lima kenderaan telah disita pihak JPJ.

JPJ turut menjalankan pemeriksaan terhadap 209 bas di depohnya, dan memilih 80 bas untuk dinaiki bersama sewaktu melakukan penyamaran bas dalam operasi sempena musim perayaan itu.

Dalam pada itu, katanya, hasil pemeriksaan air kencing terhadap 301 pengguna jalan raya mendapati lapan daripadanya iaitu enam melibatkan penunggang motosikal manakala dua melibatkan pemandu bas didapati positif dadah.

Katanya, dalam operasi JPJ bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), seorang daripada pemandu bas berkenaan berjaya dikesan di stesen bas Shahab Perdana, manakala lagi seorang di stesen bas Sungai Petani.

“Alhamdulillah, sepanjang operasi dijalankan tiada sebarang kemalangan maut berlaku kemungkinan disebabkan orang awam bersatu padu dalam hal ini, yang mana mereka sedar tentang kepentingan mengurangkan kemalangan," katanya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri, Muhammad Afifuddin Mohd Zohdi.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .