Home » , » Kain Rentang Berbaur Provokasi Diturunkan

Kain Rentang Berbaur Provokasi Diturunkan

Written By Unknown on Sunday, February 24, 2013 | 2:15 PM


PADA perlawanan Liga Super Felda United FC menentang Johor Darul Takzim (JDT), kelmarin tercetus insiden penyokong ‘merampas’ kembali kain rentang yang diturunkan polis bantuan menjadi buah mulut pencinta bola sepak tanah air.

Kain rentang bertulis “Kami mahu pengadil bijaksana” diturunkan pihak berkuasa kerana berbaur provokasi dan dilarang dipamerkan di stadium.

Protes itu dilakukan penyokong JDT rentetan kenyataan Presiden Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini yang mengkritik mutu pengadilan bola sepak negara.

Persoalan mula timbul, apakah tindakan yang bakal dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada mereka yang terlibat dalam kejadian mengejutkan itu?
Sebelum ini, FAM seakan-akan mudah menjatuhkan hukuman ke atas Kelantan dan Sarawak berikutan isu sama musim lalu, kini bagaimana pula nasib mereka yang terbabit?.

Baru-baru ini sahaja, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) didenda RM62,500 atas beberapa kesalahan, antaranya kerana tindakan liar penonton dan kegagalan menyediakan kawalan keselamatan yang baik.

Jika dilihat pada insiden di Kelana Jaya, terbukti tindakan penyokong JDT masuk ke kawasan padang dan mengejar polis bantuan adalah tindakan yang tidak wajar dan boleh dikategorikan sebagai ‘tindakan liar’.

Malah, kawalan keselamatan juga diragui kerana penonton dengan mudah mampu masuk ke kawasan padang.

Jika hal itu diambil kira, adakah Felda United juga akan didenda kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan, sama seperti apa yang diterima Kafa.

Persoalan-persoalan ini hanya boleh dijawab FAM kerana badan itu mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada mana-mana persatuan bola sepak negeri yang melanggar peraturan badan induk bola sepak Malaysia itu.
Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk menghubungi Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bagi mengulas isu ini gagal.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .