Home » , » Ketua Samun Di Tembak Mati

Ketua Samun Di Tembak Mati

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 8:26 AM


IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan samun ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Manjung dekat sini, semalam.
Lelaki berusia 25 tahun itu juga amat dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun kereta mewah dan kes bunuh di Sitiawan.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis mengesan lelaki itu menaiki kereta Naza Citra berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4 pagi.
"Polis mengekori kereta itu dan cuba menahannya    berhampiran Kampung Baru menghala ke Sungai Wangi, Ayer Tawar, tetapi suspek enggan memberhentikan kereta, sebaliknya memecut sebelum keretanya terbabas.
"Suspek kemudian keluar dari kereta dan melepaskan tembakan ke arah kereta polis menyebabkan cermin hadapan kereta polis pecah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal polis percaya kereta yang digunakan lelaki terbabit adalah kereta curi kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 Smith & Wesson berisi tiga butir peluru, sebilah parang panjang, satu paket kecil lutsinar mengandungi dadah jenis syabu, lesen memandu dan beg silang milik suspek.
Paramasivam berkata lelaki itu mempunyai rekod empat kes jenayah lampau iaitu tiga kes melibatkan dadah dan satu kes bunuh.
Beberapa anggota kumpulannya telah ditahan tahun lepas dan polis akan memburu saki baki anggota kumpulan itu, katanya. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .