Home » , » Cari Benda Lain Dapat Lain

Cari Benda Lain Dapat Lain

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 8:20 AM


IPOH - Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ipoh yang menyerbu sebuah rumah kembar setingkat di Anjung Bercham Megah di sini, terkejut apabila menemui 177 butir peluru hidup ditanam di belakang rumah tersebut, petang semalam.
Polis menemui peluru itu ketika menggeledah rumah  berkenaan yang didakwa menjadi makmal memproses dadah sejak beberapa minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam, premis tersebut dipercayai dibeli seorang warga asing dan kelibat beberapa lelaki sering kelihatan, namun kebiasaannya ia tidak berpenghuni.

"Selepas seminggu menjalankan intipan dan risikan, kami membuat keputusan untuk menyerbu premis tersebut.

"Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dilakukan, kami tidak menemui sebarang dadah tetapi ada menemui mesin kisar yang mungkin digunakan untuk memproses dadah.

"Namun, ketika melakukan pemeriksaan di luar rumah, kami menemui timbunan pasir dan kemudian bertindak menggalinya," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .