Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, suspek yang menaiki kereta Perodua Viva hitam itu mengambil kesempatan melakukan jenayah kerana ketika kejadian, suasana tenang kerana waktu solat Jumaat.
Menurut sumber, suspek berpura-pura ingin mengisi minyak dengan memberhentikan kereta di bahagian pam tengah dan ketika itu, hanya seorang pekerja wanita berada di situ.
“Mungkin melihat keadaan terkawal, dua daripada mereka keluar dari kereta dengan masing-masing memegang parang meluru ke arah pekerja wanita itu sebelum bertindak menarik laci dan mengambil tunai RM1,500, iaitu hasil jualan minyak.
“Panik dengan situasi itu, pekerja wanita itu hanya mampu memerhati tindakan dua lelaki tersebut sebelum mereka melarikan diri menghala ke arah Tepoh, di sini,” katanya, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan kejadian.
0 ulasan:
Post a Comment