Home » , » McCready Sah Bunuh Diri

McCready Sah Bunuh Diri

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 8:40 AM

HEBER SPRINGS - Penyanyi Amerika Syarikat (AS), Mindy McCready disahkan mati bunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di rumahnya di sini, petang semalam.

Penyanyi ini juga pernah membuat cubaan bunuh diri dua kali sebelum ini dan terlibat dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol.

McCready, 37,  mati seminggu selepas kematian teman lelakinya, yang juga seorang produser, David Wilson, bapa kepada salah seorang anak lelakinya, bulan lalu.

Dia mempunyai dua anak lelaki.

Kematian teman lelakinya masih lagi dalam siasatan.

McCready pernah menghasilkan lima album.

Wartawan NBC, Andrea Canning mengamas kini status akaun Twitternya berhubung kematian McCready berbunyi, “baru saja mendapat panggilan mengesahkan rakan baik, Mindy McCready mati kerana menembak diri sendiri petang ini."

Menurut polis, mereka menemui mayat Melinda Gayle McCready di anjung rumahnya di Heber Springs.

Mayat Wilson juga ditemui di tempat yang sama sebelum ini.

McCready disahkan mati di tempat kejadian.

Dia sebelum ini pernah menafikan terlibat dengan kematian teman lelakinya.

McCready juga pernah ditahan polis beberapa kali atas tuduhan terlibat dengan dadah.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .