Home » , » Sistem Pengurusan Harus Cekap - Ahmad Idham

Sistem Pengurusan Harus Cekap - Ahmad Idham

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 8:45 AM

Sebelum ini, namanya pernah dicadangkan untuk memegang jawatan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selaku Ketua Pengarah.

Namun, entah di mana silapnya, nama pengarah dan penerbit terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, tidak dipilih.

Malah, ada yang mendakwa, pemilihan Ahmad Idham, dikatakan boleh membawa kepada kepentingan peribadi.

Mengenali Ahmad Idham, empunya diri itu sememangnya petah dalam melontarkan cadangan dan pandangan mengenai industri semasa.

Tanyalah apa sahaja, pasti ada jawapan bernas daripada pengarah fi lem, Mael Lambong, ini. Ia membuktikan Ahmad Idham bukanlah individu picisan malah ilmu dalam dunia seninya bukanlah setitik.

Sentiasa ramah berbicara, Zass turut menemu bual ikon seni ini dalam berkongsi mengenai perkembangan terbaru dan pandangannya dalam industri semasa.

Apa perkembangan terbaru anda?

Alhamdulillah, pada 21 Februari ini, fi lem kerjasama syarikat saya, Excellent Pictures bersama Skop Production, Gangster Celop, bakal menemui penonton di pawagam. Seperti fi lem terdahulu, ia bergenre aksi, komedi dan diharap dapat menghiburkan penonton.

Selepas itu, saya akan terlibat dalam promosi fi lem terbaru, Lari, pada 6 Jun nanti.

Menyusul selepas itu, syarikat saya akan bekerjasama dengan pelakon popular, Aaron Aziz untuk sebuah fi lem aksi. Menariknya, dalam fi lem ini, Aaron bertindak sebagai pengarah. Kemungkinan besar, penggambaran akan dijalankan pada 24 Mac
ini dan lokasi sepenuhnya di Johor Bahru.

Sehingga kini, kami masih lagi berbincang untuk memilih tajuk fi lem yang sesuai. Untuk tahun ini, saya hanya fokus untuk tiga fi lem ini dan dalam masa yang sama, turut menampilkan drama terbitan.

Kebanyakan filem anda berkisarkan aksi dan komedi. Tidak teringin untuk mencuba filem epik?

Tipulah kalau saya kata tidak pernah teringin untuk menghasilkan fi lem epik. Malah, hasrat itu telah lama difi kirkan dan merupakan kepuasan untuk penggiat seni seperti saya. Namun, sebagai pengkarya bebas, saya mempunyai beberapa kekangan
terutamanya dari segi kewangan.

Filem sebegitu menelan kos yang tinggi dan menyebabkan pengarah dan penerbit tempatan tidak yakin untuk menghasilkannya. Siapa akan tanggung kerugian kami sekiranya filem itu tidak membawa pulangan?

Kerajaan? Sebab itulah, ramai di kalangan penggiat seni hanya melihat pasaran dan penerimaan penonton.

Lagipun, modal dikeluarkan tidaklah setinggi filem epik.

Secara umumnya, apa yang boleh anda simpulkan mengenai industri seni?

Keseluruhannya, ada positif dan negatifnya. Dari segi positif, pengamal seni dilihat semakin bersemangat dalam menghasilkan karya. Malah, industri kita juga menunjukkan peningkatan dan berada di tahap yang stabil.

Malah, apa yang membanggakan, pengamal seni termasuk pelakon, penyanyi, penerbit, pemuzik dan pengarah tidak kenal erti kalah dalam memajukan industri.

Namun, dari segi pengurusan industri, ia dilihat masih tidak terurus dan seimbang.

Ia amat dibimbangkan kerana pengurusan yang tidak kemas mungkin boleh ‘membunuh’ industri. Saya bukan berniat menuding jari kepada sesiapa, namun sistem yang kucar-kacir mampu menggagalkan usaha anak seni yang bertungkus lumus bekerja untuk industri.

Pada telahan anda, apakah situasi yang paling mengecewakan dalam industri?

Seperti yang saya terangkan, perancangan di pihak atasan seperti kementerian dan badan kerajaan yang berkenaan gagal membentuk sistem yang teratur. Bagi saya, ia tak ubah seperti ‘mencurah air di daun keladi’. Apa yang kurang dan disuarakan, tidak pernah di endah dan dilayan.

Malah, peruntukan yang ada tidak tahu ke mana disalurkan. Industri memiliki peruntukan yang besar, namun ia sebahagian besar digunakan untuk Unit Dokumentari di Finas. Apa gunanya Finas dalam membantu dunia perfi leman jika mereka lebih mengutamakan penghasilan dokumentari?

Pengurusan industri juga tidak konsisten dan tidak kemas. Malah, jika ia terus berterusan begini, hala tuju anak seni akan gelap dan industri akan berada di tahap ini selamanya dan mungkin musnah.

Jika anda diberi kuasa tertinggi dalam industri, apakah perkara yang akan diperbaiki? 

Pertama sekali ialah dari segi dasar dan perkemasan sistem. Dasar yang ada tidak mungkin dapat membawa kita ke tahap industri maju kerana beberapa perkara masih belum diperkemas. Sebagai ketua yang baik, kita perlulah kreatif dan berilmu.

Perkara itu pernah diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pemimpin yang bagus bukan hanya bijak membuat kerja mengikut dasar, namun ia haruslah lebih kreatif dalam menyumbangkan idea yang bernas. Secara jujurnya, pengurusan industri kita masih kucar-kacir dan memerlukan perhatian khusus dari pihak tertinggi.

Baru-baru ini, beberapa wakil dari persatuan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Antara isu yang timbul ialah kegagalan mendapatkan kerjasama daripada Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian (KPKK). Adakah anda turut merasakan perkara yang sama?

Benar, kami sukar untuk bekerjasama dengan KPKK, malah segala permohonan, cadangan dan tuntutan kebanyakannya tidak diendahkan. Kami tidak mendapat sokongan daripada menteri dan seolah-olah dipinggirkan.

Namun, apa boleh buat, kita tiada kuasa untuk membantah atau memastikan resolusi kami diterima.

Namun, pertemuan itu mungkin membawa harapan buat anak seni untuk mendapatkan hak serta kebajikan yang sepatutnya. Namun, sebenarnya masih banyak perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Kesimpulannya, apakah yang anda harapkan dalam industri?

Sebagai anak seni yang sudah lama bergelumang dalam industri, saya memahami masalah baru dan lama. Keseluruhan, masih banyak perkara gagal diselesaikan. Saya memahami, bukan segala perkara berjaya diselesaikan.

Namun, jika ia masih tidak berubah dan tidak berusaha untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik, mana mungkin kita berjaya mencapai industri maju. Kita berjaya memajukan industri namun, mana dasar untuk industri maju? Jika perkara itu tidak dapat dilaksanakan, di mana industri kita untuk masa yang akan datang?

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .