Home » , » Papa Rock Ke Turki Bersama Peminat

Papa Rock Ke Turki Bersama Peminat

Written By Unknown on Monday, February 25, 2013 | 9:25 PM

Ramli Sarip adalah seorang artis yang tidak asing lagi..cuba tengok rambutnya ...dulu dan sekarang masih panjang...rock memang rock...nama timangan adalah Papa Rock..suaranya saja boleh meremang bulu roma....walaupun sudah berumur..namun suaranya seakan sama masa dulu kala...janji rock...

PAPA Rock Malaysia, Ramli Sarip baru-baru ini telah ditawarkan untuk menyertai aktiviti melancong ke Turki bersama peminat pada Oktober ini.

Walaupun sebelum ini kurang menggemari aktiviti melancong, Ramli akui tertarik dengan destinasi yang dipilih kerana negara tersebut memiliki nilai sejarah Islam yang tinggi.

"Memang saya jarang dan tidak berapa suka ikuti aktiviti melancong seperti ini tetapi ia juga bergantung kepada destinasi yang dituju.

"Saya lebih tertarik jika dapat melancong ke tempat-tempat yang penuh dengan sejarah yang tersendiri kerana dari situlah saya dapat melihat dan menambah ilmu pengetahuan am dan sebab itulah saya terima tawaran ini," ujarnya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .