Home » , » Pelawak Malaysia Bikin Gempak

Pelawak Malaysia Bikin Gempak

Written By Unknown on Sunday, February 24, 2013 | 2:47 PM


PENGARAH filem, Hans Isaac akui menyesal tidak terfikir untuk merakam dan menjadikan Lawak Ke Der 1 sebuah filem seperti yang dilakukannya terhadap Lawak Ke Der 2.

Lawak Ke Der 1 telah dimuat naik di laman sosial Youtube dan mencecah 2.4 juta tontonan.

"Saya rasa sangat rugi tak filemkan Lawak Ke Der 1. Sebab itu, saya buat filem untuk Lawak Ke Der 2.

"Sebelum buat, saya bincang dengan pelawak-pelawak Lawak Ke Der 2 dan di situlah terhasilnya filem ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada tayangan perdana filem itu, malam kelmarin.
Dalam pada itu, pengarah ini juga bingung untuk mengklasifikasikan genre filem terbaru arahannya itu.

Menurutnya, genre filem Lawak Ke Der 2 yang bakal menemui penonton pada 7 Mac ini pertama kali diadakan di negara ini.

"Filem Lawak Ke Der 2 yang bergenre seperti ini, di mana saya sendiri tak tahu nak sebut genre apa, tetapi ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku di Malaysia.

"Jika ia berjaya, kemungkinan ramai penerbit di luar sana yang akan membuat filem seperti ini," katanya.

Lawak pentas yang difilemkan itu menampilkan barisan pelawak terkenal tanah air Jozan, Boboi, Harith Iskander dan Nabil Ahmad di mana masing-masing dengan konsep yang berlainan.

Meski berseorangan dan menggunakan isu-isu semasa yang mudah seperti cara wanita dan lelaki berfikir pun, Harith mampu membuatkan seisi panggung 'sakit perut'.

Sementara itu, Hans memberitahu, pementasan Lawak Ke Der 2 yang dirakamkan hanyalah pada hari terakhir iaitu persembahan keenam dan ketujuh.
"Kami memang dah rancang... jadi, persembahan pertama sampai kelima saya bagi mereka peluang 'warm up' kerana persembahan keenam dan ketujuh yang akan dirakamkan.
"Jadi, persembahan pertama hingga kelima itu tidak sama dengan pementasan yang difilemkan ini," katanya.
Menyentuh soal bahan lawak itu, Hans memberitahu telah mengingatkan pelawak-pelawaknya agar tidak menggunakan bahan lawak dalam Lawak Ke Der 2 ke pentas Maharaja Lawak Mega.

"Saya pantau dengan menonton Maharaja Lawak Mega. Jika ada saya akan 'cut out' lawak itu dalam filem Lawak Ke Der 2. Ada juga yang mereka guna tetapi tidak ketara sangat," katanya yang mengambil masa sembilan bulan untuk proses penyuntingan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .