Namun tidak dinafikan juga, kehadiran muka baru sedikit sebanyak memberi saingan hebat buat anak seni yang sedia ada dalam industri.
Perjalanan bergelar seorang anak seni hari ini bukanlah semudah yang dilihat, namun itu bukanlah penghalang buat mereka untuk mengekalkan dan seterusnya mengembangkan minat dalam kerjaya yang dipilih itu.
Atas dasar minat dan bakat yang dimiliki, tiga selebriti yang kini telah memiliki nama yang tersendiri, Kewujudan bakat baru yang kian membanjiri industri hiburan tempatan kini boleh dikatakan sebagai satu perkembangan yang positif.
Sempat menghadiri majlis pelancaran koleksi produk terbaru Habib Jewels, Zass sempat menemu bual tiga selebriti ini dan berkongsi perjalanan karier seni mereka untuk tatapan peminat setia.
Jom kita ikuti ceritera mereka!
Dynas masih berlakon Walaupun wajahnya agak jarang dilihat menerusi siaran televisyen tempatan, pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau Dynas Mokhtar sebenarnya masih aktif berlakon.
Jika tahun lalu dia terpaksa berhenti seketika dalam bidang lakonan kerana hamil anak keduanya, Dynas kini akui tetap akan teruskan karier lakonannya selagi dia diperlukan.
Menurutnya, walaupun memegang status sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak, ia tidak membatas dirinya untuk meneruskan minat terhadap bidang lakonan.
“Saya masih berlakon tapi mungkin tidak seaktif seperti sebelum ini.
Lakonan adalah minat saya dan tidak mungkin saya akan terus berhenti daripada bidang ini.
“Bagaimanapun, saya akui terpaksa mengehadkan masa dan memilih tawaran yang sesuai supaya tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak terabai,” kata Dynaz yang pernah merangkul gelaran Pelakon Drama Popular.
Tambah Dynas, pengurusan masa yang bijak amat penting buat dirinya supaya apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik.
“Walaupun keluarga memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon, saya tetap tahu batasan saya.
“Sejak berkahwin, setiap kali menjalani penggambaran saya perlu pulang ke rumah sebelum jam 12 tengah malam,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dynas memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie Adilia siaran Astro Prima dan slot Samarinda Bangkitnya Seorang Perempuan.
DNA dapat sambutan
Menyentuh mengenai label yang diusahakan iaitu Dynas Nursing Attire (DNA), ibu kepada Khyra Khalyssa, 3, dan Muhamed Haqaish, 8 bulan ini bersyukur kerana perniagaannya kini semakin mendapat perhatian umum.
Menurutnya, selain memberi keutamaan kepada keluarga, Dynas turut akui perniagaan diusahakan itu adalah antara perkara terpenting buat dirinya.
“Selepas keluarga, saya mahu fokus sepenuhnya terhadap perniagaan ini.
Tambahan pula saya ada membuka beberapa cawangan baru.
“Apa yang menggembirakan mengenai perniagaan ini, saya bukan sahaja dapat memperkenalkan label sendiri malah berpeluang untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang kepentingan penyusuan ibu.
“Alhamdulillah, banyak sokongan dan galakan yang saya terima dan mengharapkan perniagaan ini akan terus mendapat sambutan yang baik,” ujarnya.
Emelda fokus pengajian
Berkongsi mengenai kehidupannya kini, pelakon Emelda Rosmila berkata, dia sedang sibuk menjalani pengajian jarak jauhnya dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Walaupun sibuk menjalani pengajian, ia tidak menghalang anak jati Kuala Lumpur ini untuk meneruskan karier seninya dalam bidang lakonan.
Menurut Emelda, rezeki untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi hanya tercapai setelah berumah tangga.
“Pengajian saya akan tamat pada September ini dan mungkin setelah merehatkan diri dalam masa setahun, saya mungkin akan sambung pengajian di peringkat yang seterusnya dalam jurusan Filem dan Skrin di Universiti Sains Malaysia (USM).
“Mungkin dalam masa setahun itu saya akan aktif melakukan aktiviti lakonan,” katanya.
Emelda yang terlibat dalam drama bersiri Hanya Padamu arahan Faizal Ishak kini sedang rancak ditayangkan di kaca televisyen, memberitahu filem lakonannya berjudul Sembunyi bakal ditayangkan Mac ini.
Penangan ‘Manjalara’
Suatu ketika dahulu, nama pelakon, Emelda Rosmila sering menjadi topik perbualan hangat, tatkala lakonannya dalam drama berjudul Manjalara berjaya menarik minat penonton tempatan.
Kesinambungan daripada kejayaan itu, Emelda sering mendapat perhatian akhbar dan majalah hiburan tempatan terhadap perkembangan kariernya dalam industri. Namun, situasi itu mula berubah semenjak dia berkahwin.
“Saya akui memang lakonan saya agak jarang dilihat menerusi kaca televisyen, tapi saya masih berlakon.
“Tahun ini hampir 10 tahun saya melibatkan diri dalam bidang ini dan apa yang sedang saya lakukan sekarang adalah mencari satu platform yang lebih baik untuk mengekalkan karier lakonan saya,” katanya.
Selain itu, Emelda berkata, atas nasihat beberapa rakan pelakon yang lebih senior, dia mengambil keputusan untuk lebih memilih tawaran lakonan bagi memastikan lakonannya terus kekal.
“Sebagai seorang pelakon saya berpendapat, perlu berhati-hati memilih tawaran lakonan. Bukannya mahu demand, tetapi ia untuk kebaikan karier saya.
“Jika watak yang diberikan mampu memberi impak yang baik terhadap karier lakonan saya, kenapa tidak saya menerimanya,” katanya.
Wincci cipta nama di Taiwan
Optimis mengembangkan bakat nyanyiannya di Taiwan, penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia, Soo Wincci mengharapkan tahun 2013 ini bakal menjadi tahun yang bermakna buatnya untuk lebih berjaya
dalam karier yang diceburi.
Menurut Wincci, dia tidak menjangkakan penerimaan masyarakat Taiwan terhadap kariernya begitu memberangsangkan.
“Memandangkan saya karier saya baru bermula di sana, setiap minggu saya perlu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Taiwan bagi memenuhi tawaran nyanyian di sana.
“Memang penat, tapi saya yakin di sebalik pengorbanan ini pasti ada ganjaran yang lebih baik untuk saya terutamanya karier saya yang baru bermula di sana,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri di Taiwan.
Kata Wincci lagi, walaupun kariernya kini mendapat sambutan di Taiwan, dia tidak pernah melupakan peminat setianya di Malaysia malah dalam pertengahan tahun ini Wincci bakal tampil dengan buah tangan terbaru khas buat peminat tempatan.
“Dalam masa terdekat saya akan keluar dengan single berbahasa Melayu dan seterusnya akan tampil dengan album penuh yang memuatkan empat buah lagu pada pertengahan tahun ini.
“Tidak mungkin saya akan melupakan peminat di sini kerana tanpa mereka apa yang saya peroleh hari ini tidak akan tercapai,” ujarnya.
Menurutnya, selepas semua aktiviti promosi di Taiwan selesai dia akan menumpukan sepenuhnya terhadap album yang mendapat sentuhan Ajai itu.
Terpaksa korban masa
Dek kerana terpaksa berulang-alik dari Malaysia ke Taiwan, Wincci juga memberitahu dia terpaksa mengorbankan banyak masa untuk bersama keluarga dan teman rapatnya.
Ternyata pengorbanan yang dilakukan Wincci terhadap kariernya bukanlah mudah, namun atas kesungguhan untuk mengembangkan bakat ke peringkat antarabangsa, penyanyi ini akur dengan ketentuan itu.
“Peluang seperti ini bukan mudah untuk di perolehi dan mujur keluarga dan teman-teman memahami dan menyokong kerjaya saya. Oleh sebab itu, saya perlu lakukan sebaik mungkin untuk merealisasikan impian pergi lebih jauh.
“Saya tidak pernah memikirkan ia sebagai satu bebanan, malah banyak perkara baru yang saya dapat belajar dan mengharapkan apa yang saya lalui ini bakal membuahkan hasil suatu hari nanti,” jelasnya. sentiasa memandang positif terhadap kebanjiran muka-muka baru dalam industri tanah air.

“Saya tidak pernah memikirkan ia sebagai satu bebanan, malah banyak perkara baru yang saya dapat belajar dan mengharapkan apa yang saya lalui ini bakal membuahkan hasil suatu hari nanti,” jelasnya.
0 ulasan:
Post a Comment