Home » , » Semangat Gaga Terus Berjuang

Semangat Gaga Terus Berjuang

Written By Unknown on Monday, February 25, 2013 | 8:44 AM


Pelantun lagu Bad Romance, Lady Gaga menangguhkan jelajah Born This Way Ball kerana masalah pergerakan selepas mengalami kecederaan pada sendi. Pe­nyakit yang dikenali sebagai ‘synovitis’ menyebabkan dia terpaksa dibedah dan bergerak dengan bantuan kerusi roda.
Rabu lalu, Gaga mengemaskini status laman sosial Twitter miliknya. ‘Masuk ke bilik bedah. Terima kasih atas soko­ngan dan sayang anda semua. Saya akan mimpikan anda’. 
Gaga mengucapkan jutaan terima kasih pada peminatnya yang memberi kekuatan kepadanya agar dapat melalui masalah itu melalui satu surat. 
“Terima kasih kerana memberikan saya sema­ngat. Semua berlaku de­ngan pantas tetapi saya tabah mengharungi cabaran apabila ramai yang berkongsi cerita dan pengalaman me­ngenai kehidupan.
“Bertemu dengan anda, membaca surat yang dikirimkan, melihat kamu berkomunikasi dengan peminat saya di seluruh dunia menjadi satu kelompok adalah satu perkara menakjubkan.
“Apabila mereka menolak saya masuk ke bilik bedah, saya membawa semangat kamu bersama saya. Saya berfikir, masalah ini cuma batu kecil dalam perjalanan hidup. Ia cuma sementara. Kamu me­ngubah pandangan saya mengenai kehidupan. Saya sayangkan anda semua,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .