Home » , » Wanita Umno tawar khidmat guaman percuma untuk petugas Kuin

Wanita Umno tawar khidmat guaman percuma untuk petugas Kuin

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 8:18 PM

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada petugas Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berikutan kegagalan pihak pengurusannya membayar gaji mengikut tarikh sepatutnya yang menyalahi Akta Buruh, sejak setahun lalu.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Wanita Umno menawarkan khidmat itu atas dasar kemanusiaan dan demi memperjuangkan hak dan kebajikan petugas Kuin.

"Wanita Umno mengikuti dengan dekat isu kebajikan petugas Kuin yang teraniaya akibat kelemahan pengurusan tertinggi kolej sehingga terpaksa mengadakan demonstrasi, membuat laporan polis dan terbaharu mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi menuntut gaji bulanan yang sering dibayar lewat sejak setahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain lewat dibayar gaji, Shahrizat berkata petugas juga berdepan dengan masalah melibatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji dan ansuran bank.

Wanita Umno turut menyelar kegagalan dan sikap membisu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilihat sengaja lepas tangan dalam isu hak dan kebajikan petugas Kuin.

"Ini membuktikan pengurusan tertinggi Kuin bukan sahaja tidak peka dengan nasib kakitangan mereka, malah tiada niat mahu menyelesaikan isu berkenaan.

"Pengurusan tertinggi Kuin sebaliknya mahu menggunakan tindakan tata tertib bagi menutup mulut kakitangan yang berjuang bagi mendapatkan hak dan kebajikan mereka," dakwa Shahrizat.

Minggu lalu, seorang petugas Kuin membuat laporan kepada JTK berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan negeri Kedah itu. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .