Home » , » Bungkus heroin macam burger, penganggur ditahan

Bungkus heroin macam burger, penganggur ditahan

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 8:24 PM

BUKIT MERTAJAM - Seorang penganggur didapati menggunakan taktik membungkus dadah yang hendak diedarnya seperti membungkus burger bagi mengelak perbuatannya itu dikesan pihak berkuasa.

Pemuda yang berumur 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Machang Bubok di sini dua hari lau hasil maklumat awam dan risikan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata pihaknya percaya dadah dibungkus dengan pembalut burger supaya ia mudah dibawa dan orang tidak mengesyakinya serta bagi mengelak dikesan polis.

"Polis menahan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu di hadapan rumahnya dan bersamanya kita menemui dua paket kecil dadah yang dipercayai untuk dijual kepada pelanggannya.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumahnya, kita menemui beberapa bungkusan dadah jenis heroin seberat 1.47 kilogram bernilai RM75,000 yang dibungkus menggunakan kertas pembalut burger," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Azman berkata suspek disyaki mengedar dadah sejak beberapa bulan lepas dan pembelinya terdiri daripada penagih di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT).

Dia direman sehingga 20 Feb ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau juga berkata lapan lelaki termasuk seorang warga Myanmar ditahan dan polis merampas sejumlah dadah dalam beberapa operasi berasingan di sekitar SPT sejak awal tahun ini.

Sementara itu Azman meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua lelaki berhubung beberapa kes samun di sekitar SPT sejak beberapa bulan lepas.

Mereka ialah Mohamad Azafizal Abd Manap, 25, alias Mat Poling beralamat terakhir di No 10492, Lorong 4, Padang Cempedak, Tasek Gelugor dan R.Ravisankar, 22, dari No 13, Jalan Parit Buntar, Batu 8 1/2, Bagan Serai, Perak.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Suriman Shahrim di talian 04-5382222 sambungan 2446 atau 012-4188669 atau mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .