Kegigihan pemuda ini dalam arena batminton...
MUDAH tersenyum dan senang menjalinkan persahabatan menyebabkan anak muda kelahiran Kampung Gelung Gajah, Kuala Terengganu, Terengganu ini mudah didekati dan mempunyai ramai kenalan.
Itulah watak peribadi bintang muda sukan badminton yang semakin menyerlah bakatnya. Bintang muda yang mula memercikkan sinar gemerlapnya itu ialah Mohamad Syahir Muhamad yang kini sedang menuntut di tingkatan enam atas SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam sukan badminton, Mohamad Syahir memberitahu yang dia betul-betul secara aktif melibatkan diri pada tahun 2009 dan terus dipilih untuk mewakili skuad badminton daerah Kuala Terengganu ke Kejohanan Badminton peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Terengganu (MSST) tetapi sekadar memperoleh tempat ketiga.

"Saya diasuh oleh para jurulatih agar tidak mudah kecewa selagi belum mencapai kejayaan tertinggi. Atas dorongan yang tinggi itulah saya terus menggilap potensi keupayaan saya untuk mengharungi sesuatu perlawanan dengan penuh fokus dalam usaha mencapai kejuaraan.
Alhamdulillah syukur kerana berkat bimbingan para guru yang melatih saya dan komitmen saya yang terus konsisten dalam sesuatu sesi latihan, akhirnya saya berjaya juga menuju visi utama saya masa ini iaitu untuk mewakili Terengganu ke Sukan Sukma," kata Mohamad Syahir baru-baru ini.
Sebenarnya anak muda yang bercita-cita menjadi seorang pegawai sukan profesional itu juga telah terpilih mewakili negara ke beberapa pertandingan di luar negara.
Misalnya, pada 2012 ketika beliau tengah sibuk dengan urusan pembelajaran, dia telah mewakili skuad negara bawah 19 tahun ke pertandingan badminton di Bandung, Indonesia. Pada tahun yang sama juga dia dipilih sekali lagi membawa cabaran negara ke pertandingan badminton di Tegal, Jawa Barat.

"Tahun lepas adalah tahun yang sangat sibuk buat saya kerana saya terpilih dalam tujuh kejohanan besar termasuklah Sukma di Kuantan dan mewakili negara. Pada saya ini baru satu permulaan buat saya mengetengahkan potensi untuk membolehkan saya terpilih dalam barisan pemain badminton negara suatu hari nanti.
"Saya sedia mengetahui dan sedar bahawa misi dan visi tersebut masih jauh dan terpaksa melalui laluan getir, tetapi bukan sesuatu yang mustahil untuk saya merealisasikannya," kata Mohamad Syahir ingin menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM).
Semoga dunia sukan badminton negara akan terus menyinar megah menerjah persada dunia dan insya-ALLAH kita mengharapkan dan berdoa anak muda Ganu Kite ini akan menjadi pewaris dan penerus kegemilangan badminton di negara kita.

Profil
Nama : Mohamad Syahir bin Muhamad
Asal : Kg Gelung Hajah, Kuala Terengganu
Umur : 19 tahun
Sekolah : SMK Padang Negar (tingkatan 1-5)
SMK Sultan Sulaiman (tingkatan enam)
Hobi : Bermain karom
Cita-cita : Pegawai Sukan Profesional
Penglibatan/ Pencapaian:
2009 - Kejohanan MSST- Tempat ketiga (acara beregu)
2010 - Kejohanan MSST- Tempat ketiga (acara perseorangan)
2011 - Kejohanan MSST- Johan perseorangan
- Kejohanan badminton MSSM di Kuala Lumpur
- Menyertai Sirkit Remaja Kebangsaan di Melaka dan Johor
- Menyertai Sirkit Remaja Kebangsaan di Melaka- mara ke suku akhir
- Menyertai Sirkit Remaja Kebangsaan berpasukan di Kuala Lumpur

2012 - Sirkit Remaja Kebangsaan di Johor, Terengganu
- Sirkit Remaja Kebangsaan berpasukan di Kedah
- Jakarta Open – mara ke pusingan keempat
- Bandung Open
- Tegal, Jawa Barat Open
- Sukan Sukma di Kuantan (cara perseorangan)
- Kejohanan Badminton Melayu Perak- Tempat ketiga

0 ulasan:
Post a Comment