Home » , » Ramai Artis Teruja Untuk Menjayakan Konsert Nusantara

Ramai Artis Teruja Untuk Menjayakan Konsert Nusantara

Written By Unknown on Saturday, March 9, 2013 | 9:54 PM

KONSERT Nusantara yang menampilkan barisan artis Malaysia dan Indonesia nyata membuka lebih banyak ruang untuk membudayakan lagi kesenian serantau.

Antara lagu yang didendangkan termasuk, Cindai, Tandang Bermadah, Aku Anak Kampung, Mojang Periangan, Ampun Medeh dan sebagainya.

Artis antara dua negara ini juga akui teruja dengan kolaborasi ini.

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, terharu apabila melihat kibaran bendera negara Malaysia dan Indonesia di hari pertama konsert itu.

"Saya terharu apabila melihat bendera Malaysia dan Indonesia dikibarkan. Betapa indahnya malam ini (Jumaat), kita disatukan tanpa ada rasa persaingan.

"Semuanya rasa gembira dan menikmati persembahan," katanya yang memuji kehebatan Istana Budaya.

Rossa masih menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert di Istana Budaya selepas gagal mendapat tempat di pentas tersebut beberapa tahun lalu.

"Istana Budaya sangat bagus malah ia merupakan salah satu tempat yang paling saya mahu sekali untuk adakan konsert.

"Semasa saya buat konsert sebelum ini, saya mahu di sini tetapi terpaksa berpindah ke Bukit Jalil," katanya.

Sempat memuji nyanyian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, menurutnya, lagu-lagu nyanyian beliau menggambarkan Malaysia.

"Saya suka mendengar Siti menyanyikan lagu-lagu dia secara medley kerana itu menggambarkan Malaysia sebenar. Ada elemen pop dan tradisional yang dimasukkan," katanya.

Sementara itu, penyanyi Bob Yusof pula berpendapat, konsert seperti ini wajar dianjurkan oleh mana-mana pihak.

"Konsert Nusantara sangat bagus. Ia satu konsert yang sepatutnya sering dianjurkan oleh mana-mana pihak, tak semestinya Istana Budaya saja. Apabila saya mendengar dan melihat, saya teruja.

"Saya dapat tahu Indonesia juga mempunyai muzik seperti kita. Kita tahu wujud beberapa suku kaum tetapi kita tak tahu muzik mereka. Di sini, saya dapat tahu muzik mereka dan ianya sedap didengar," katanya.

Bob bakal memeriahkan Konsert Nusantara sehingga hari ketiga.

Penyanyi veteran, Datuk Yusni Hamid pula berpeluang menyanyikan lagu suku kaumnya, Bawean yang berjudul Keraka.

"Saya menyampaikan dua buah lagu, Semalam di Malaysia dan sebuah lagu bawean, Keraka. Lagu-lagu ini pun penganjur yang pilih dan sesuailah dengan majlis ini.

"Saya pun memang orang Bawean. Mak ayah saya pun memang orang Bawean. Penganjur pun terkejut saya boleh menyanyi lagu Bawean," katanya.

Namun, Yusni menyentuh soal ketiadaan penyanyi etnik kreatif terkenal, Noraniza Idris dalam konsert itu.

"Saya terfikir juga kenapa mereka tidak jemput Noraniza Idris sebab dia mewakili muzik etnik Malaysia kan? Tetapi mungkin mereka terlepas pandang.

"Kalau Minang, mereka (Indonesia) juga ada Minang, kenapa tidak kita tonjolkan lagu Negeri Sembilan seperti Apo Kono Eh Jang," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .