Home » , » Sime Darby Makin Menjadi

Sime Darby Makin Menjadi

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 8:15 AM

SIME Darby  meneruskan rentak cemerlang saingan Liga Perdana apabila meraih kemenangan besar kedua berturut-turut - kali ini 5-1 ke atas ke atas Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Kejayaan itu yang menyusul selepas kemenangan besar pertama 6-0  ke atas NS Betaria, Jumaat lalu. Perkembangan ini meletakkan Sime Darby kekal selaku pendahulu Liga Perdana dengan meraih 17 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan setakat ini.

Dalam perlawanan hari ini, gol Sime Darby dijaringkan oleh Fazrul Hazli pada minit ke-25, Arif Ismail (52), Karlo Primorac (63), Dzulfahmi Hadi (74) sebelum Azmirul Azmi meledak gol kelima untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

Sementara itu, Kedah yang tewas 1-2 kepada Perlis minggu lepas bangkit mencatatkan kemenangan  2-1 ke atas Kuala Lumpur SPA di Stadium Pasir Gudang. Dua gol Kedah dijaringkan oleh Nelson Marcelo Sam Martin pada minit ke-60 dan Mohd Khyril Muhymeen pada minit ke-70.

Keputusan itu menyaksikan skuad Kenari naik satu anak tangga dengan berada di tangga keempat.Di Stadium Hang Tuah, Sarawak berjaya meraih tiga mata apabila menundukkan NS Betaria 1-0. Dengan keputusan itu, Sarawak kekal di tangga kedua -  berkongsi mata dengan Sime Darby.

Selain itu, misi PDRM untuk merampas kembali kedudukan teratas liga tidak kesampaian apabila tewas 1-2 dengan Johor di Stadium Pasir Gudang. Keputusan itu membuatkan kedudukan PDRM terus jatuh dua anak tangga dengan berada di tangga kelima - mencatat 13 mata hasil tujuh perlawanan.

Perlis dan UiTM pula hanya berkongsi satu mata apabila seri 1-1 di Stadium Utama Negeri Kangar. Berikut keputusan liga Perdana yang berlangsung hari ini:


Sabah 1-2 Pos Malaysia

Kuala Lumpur SPA 1-2 Kedah

KL SPA 1-2 Kedah

Perlis 1-1 UiTM FC

Sime Darby 5-1  Kuala Lumpur FA

NS Betaria FC 0-1  Sarawak

Johor 2-1 PDRM

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .