Home » , , , » Sultan Ahmad Shah yakin mempertahankan kejuaraan

Sultan Ahmad Shah yakin mempertahankan kejuaraan

Written By Unknown on Friday, November 23, 2012 | 5:39 PM



KUALA LUMPUR - Sultan Ahmad Shah tidak gembira dengan beberapa keputusan perlawanan persahabatan melibatkan Harimau Malaya walaupun yakin skuad kebangsaan mampu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF.
Itu adalah reaksi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam pertemuan dengan skuad negara di Wisma FAM, Rabu lalu, kata setiausaha agung badan bola sepak negara itu, Datuk Azzuddin Ahmad.
"Baginda ada menemui para pemain selama dua jam bersama para pemain semalam dan bercakap dari hati ke hati dengan semua pemain untuk mengetahui jika mereka mempunyai sebarang masalah.
"Kalau diikutkan, baginda juga turut kecewa dengan beberapa keputusan perlawanan persahabatan yang dilalui oleh pasukan Harimau Malaya.
"Namun, baginda masih yakin dengan kemampuan pasukan ini termasuk kredibiliti jurulatihnya bagi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF," kata Azzuddin di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, semalam.
Persiapan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala Suzuki AFF menimbulkan banyak persoalan besar apabila gagal menjinakkan dua lawan yang mempunyai ranking lebih rendah apabila sekadar seri 1-1 dengan Hong Kong dan Bangladesh.
Bukan sahaja gagal menampilkan permainan yang lebih berkualiti tetapi prestasi tonggak-tonggak Harimau Malaya juga dilihat berada di tahap merudum sehingga menimbulkan resah jurulatih Datuk K. Rajagobal ketika kejohanan hanya tinggal dua hari lagi.
Azzuddin sebelum itu bersama Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin hadir pada atur cara majlis sidang media Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Piala Suzuki AFF 2012.
RTM akan mula menyiarkan perlawanan secara langsung pada Sabtu ini melibatkan aksi Kumpulan A antara Thailand dan Filipina manakala perlawanan Vietnam dan Myanmar akan disiarkan secara tertunda.
Sementara itu, Hamidin yang sebelum ini pernah bertindak selaku pengurus skuad negara Sukan SEA 2011 tidak mahu semua peminat seolah-olah telah menjatuhkan hukuman kepada pasukan Harimau Malaya sebelum kejohanan bermula sebaliknya berikan terlebih dahulu peluang kepada anak-anak buah Rajagobal pada perlawanan sulung berdepan Singapura.
"Pada masa Sukan SEA tahun lalu, ramai juga tidak yakin dengan kemampuan pasukan bimbingan Ong Kim Swee untuk memenangi pingat emas.
"Sebaliknya selepas kejohanan berlangsung, kita bukan sahaja dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi tetapi langsung tidak pernah kalah sepanjang Sukan SEA," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

1 ulasan:

  1. jangan salahkan peminat kenapa tak ramai di stadium jika aksi longlai dipamerkan sepanjang tahun ini ketika persahabatan. Ini membabitkan soal wang yang dilaburkan dan kepuasan menonton aksi terbaik. Serupa kita selalu nak yang terbaik dalam suatu hal. Jika kalah tapi pamer aksi terbaik, tidak mengapa. Penonton kenal apa yang patut disokong dan patut dikritik.

    ReplyDelete

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .